Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ribuan masyarakat mengiringi jenazah pemimpin masyarakat Syiah, di Uganda yang dibunuh individu bersenjata di Mayuge semalam.
Sheik Dr. Abdul Kadhir Ali Muwaya Nkwanga Ali dibunuh kira-kira 9:30 malam Jumaat lalu ketika tiba di rumahnya di kampung Buyemba dari majlis bacaan doa Kumail.
Pemimpin Syiah ini mempunyai sebuah yayasan yang aktif menjalankan kegiatan sosial seperti menghadiahkan haiwan korban untuk umat Islam.
Dua tahun lalu, Sheikh Abdul Kadhir dalam pertemuan bersama konsul kebudayaan Iran berkata, "Saya berhadap dapat bertemu dengan Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, namun hingga kini saya belum berkesempatan, tolong sampaikan salam saya kepada beliau."
Tambah beliau lagi, "Saya telah tertarik dengan keberanian Imam Khomeini dan sebahagian dari buku-buku beliau seperti Jihad Akbar (memerangi nafsu) telah saya terjamahkan untuk penduduk Uganda."
Sheikh Abdul Kadhir telah mendapat kedoktoran di Kenya dan membangunkan 50 buah masjid, sekolah dan pusat agama untuk pengikut mazhab Syiah di Timur Uganda.










